Thursday, March 31, 2011

Di Pagi Hari

da nak dekat 6 pagi, mata msih lg segar bugar... adei mata..mata.. de penyakit ke ak nie..x bole nk tido..huhuhu..Atau mungkinkah ini masanya untuk aku kembali dekat pada yang maha kuasa.. memberi aku kesegaran di malam hari untuk menunaikan kewajipan kepada-Nya.. Selama ini banyak dosa yang telah aku lakukan sama ada aku sedar atau tidak sedar.. begitu banyak kesalah yang telah aku lakukan di muka bumi ini..kesalahan sesama manusia.. adakah dosa aku diampunkan atau tidak.. begitu banyak persoalan bermain di setiap sudut otakku..mungkin inilah masa tuhan ingin memberi kesedaran pada diri aku...

kepada kesalahan aku pada kawan2 aku.. aku mintak maaf jika sikap aku dan kata2 aku banyak menyingung perasaan kamu semua.. mungkin aku tidak sengaja dalam tingkah laku aku.. aku manuisa biasa, setiap hari melakukan kesilapan.. maaf kn aku.. kepada seorang hamba allah ini.. aku mintak maaf dengan segala sikap dan tingkah laku aku dahulu.. mungkin aku dahulu terlalu mengikut perasaan daripada berfikir secara baik.. mungkin aku telah menyingung perasaan kamu.. aku mintak maaf.. aku tidak dapat menjadi yang terbaik untuk kamu.. mungkin semua yang berlaku ada hikmahnya.. aku terima dengan hati yang terbuka.. aku berdoa agar kamu sihat dan bahagia selalu..

kepada dosa aku pada maha pencipta.. aku akan menjadi hamba yang setia dan patuh padaMU..mengikut segala suruhanMU dan meninggalkan segala LaranganMU.. ku bermohon padaMU agar teguhkan lah hati hamba mu ini.. tebalkan lah iman hamba mu ini.. jauhkan lah aku daripada hasutan syaitan dan godaan hawa nafsu..

sampai sini sahaja nukilan aku di pagi hari.. aku akan cuba untuk update blog ini dari semasa ke semasa..waktu subuh pun da masuk..aku ingin menunaikan kewajipan ku...salam dari budak jengka...

0 comments:

Post a Comment